March 23, 2011

Perkhidmatan Dobi


Alhamdulillah, setelah sekian lama dalam bulan March, baru kali ini berkesempatan update blog. Buat kali pertama juga aku bercerita berkenaan dobi. Sudah bersedia untuk membuat pendedahan. cewah........hihi=p

Khas untuk penduduk Felda Lok Heng, idea untuk membuka kedai dobi tercetus kerana pada masa itu belum wujud sebarang dobi kat lokhengelez ni. Ramai yg tanya, mana dapat idea. Itulah jawapannya. Dan dengan izinNYA secara rasmi pada 19 Januari 2011, aku dengan sendiri melancarkan DOBI QASEH SUCI. 

ALHAMDULILLAH......Thanks you ALLAH

Kat mana kedai nye, cik kak ?? 
Dalam kedai ada kedai, sebenarnya kedai dobi qaseh suci ni terletak di dalam 
kedai runcit hanismad. 


** perkhidmatan apa ???
setakat ini rating yg paling favourite adalah servis cuci cuci toto. Selain itu, servis cuci comforter, karpit lembut, cucian normal (basuh & lipat) untuk pakaian, skirting dan bergantung kpd permintaan.

cucian normal  >>  2.50 /kg
jeans, tuala      >>  3.00 /kg
skirting, langsir >>  3.00 /kg
comforter        >>   4.00 /kg
carpet lembut  >>   10.00 /helai
toto              >>   10.00 /helai


sekiranya ada pertanyaan atau cadangan atau aduan, boleh call atau emel di : su_zafaran@yahoo.com.my. Kedatangan anda amat dialu-alukan, jemputlah hantar apa2 yg boleh kami basuh. Harga murah kan....

Terima kasih kpd seluruh ahli keluargaku, yg tidak jemu menyokong. Terutama kepada bonda,i know mum, u're happy for this. To yayah nisa abang n adik...hehe=p u'll slalu jd pelakon tambahan. Thanks from deep in my heart!! sayangggggg semuanya. Terima kasih jg pada orang2 blok ku, "BLOK 16" yg sntiasa menyokong. To person who i called "zal" terima kasih ukhti. InshaALLAH.....diri ini akan cuba yang terbaik. 

Jazakallah Khairan  









February 21, 2011

CAHAYA cahaya CAHAYA

untuk kesekian kalinya
aku terperangkap lagi
terperangkap dalam gelap
mencari cahaya menuju jalan keluar

tolong aku....

cahaya cahaya cahaya

CAHAYA yang mana???

memang benar hati ini terperangkap
dalam cinta yang tidak JELAS
dalam keSAMARan
hanya mampu BERHARAP BERDOA kepada NYA

KECEWA......pergilah 
aku tak mahu KECEWA...
aku dah PENAT merasa KECEWA

HARAPAN tinggi HARAPAN
HARAPAN hanya kepada DIA
lewat DOA dalam gelap MALAM

pergilah GELITA
hadirlah CAHAYA

ku ukir SENYUMAN
senyum SENYUM senyum

hari HARI senyum dengan CINTA
hari HARI SENYUM kerana CINTA
kerana dalam hati ada CINTA
CINTA NYA
kerana CINTA NYA 
aku cinta kepada dia

adessssz, sejak bila aku layannn ayat2 sentimental ni...sape yg ajar ni???
aku blajar sendiri =p

February 19, 2011

Alat Jimat Minyak

As Salam

Hari ni nak buat entry pasal satu produk ni...
Saya dah menggunakannya....ehehehe
apa tu??///??? 
alat jimat minyaklah
cara guna : ikut sukatan then curah kat tangki minyak. 1 ml boleh merawat 5 liter petrol
sOOOOnang je kan.......... adik saye pun bleh buat.
It was " AutoMax Nano Tech Fuel Enhancer (NFE)"
Lebih Kilometer, Lebih Penjimatan, Lebih Vroom!

AutoMax Nano Tech Fuel Enhancer (NFE) adalah aditif bahan api multifungsi generasi baru yang menggunakan teknologi nano cecair dinamik untuk memberikan keberkesanan dramatik dan serta merta, yang tidak dapat ditandingi oleh aditif bahan api lain.
Apa kelebihan dia???

  1. mampu menjimatkan minyak sehingga 28% 
  2. meningkatkan kuasa enjin sehingga 20% - menghasilkan pembakaran yang lebih baik agar enjin berjalan lebih lancar dengan daya pecutan serta kuasa yang dipertingkatkan!!! wow...patutlah saye pecut sampai 140... :)
  3. menghapuskan ketukan enjin dan melanjutkan hayat enjin-dengan mengekalkan kebersihan ruang pembakaran, ia menghapuskan ketukan enjin serta memastikan enjin kekal senyap dan berjalan lancar untuk lebih lama.
  4. menjimatkan kos penyelenggaraan-enjin yg lebih bersih memanjangkan jangka hayat penapis minyak. minyak enjin bertahan sekurang-kurangnya dua kali lebih lama, so boleh jimat.
  5. mengurangkan pembebasan asap berbahaya sehingga 98%-diuji oleh makmal-makmal kelulusan EPA, agensi-agensi kerajaan serta syarikat-syarikat lori dan terbukti mengurangkan pembebasan asap berbahaya dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih bersih dan sihat.
SESUAI DENGAN SEMUA MINYAK PETROL !!!


BERMINAT ????? NAK BELI ???? SAYA ADA JUAL.....HANYA RM 39.80 sahaja
free shipping !!! seriously !!!
emel saya : su_zafaran@yahoo.com.my
facebook : suha5181@gmail.com

Maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang ni : http://www.h2oil.com

" sharing is caring "

Sekian, Wassalam.


February 10, 2011

Alat Jimat Minyak Version I

Petrol & Money.... 
pikir pasal minyak pikir pasal duit.
Buat aku yang berulang alik dari rumah ke tempat keje, 
dari tempat keje ke rumah.
It was RM 10 per days!!!
makan baru rm2 sehari....
huhuhu < tak baik mengeluh>

recently aku diperkenalkan dengan sejenis alat yang dapat menjimatkan minyak.
wOOOOW ak nak...nak..nak..nak beli.

katanya alat ni dapat save petrol sehingga 45 % , 
if ak guna dapat jimat rm 135 tuuu
mudah di pasang. just cucuh kat pencucuh kete yang tempat cucuh charge hanpone tu...
senang sangat!!!!
memang best kan kalo dapat beli...aku pun beli....

alhamdulillah...dah selamat transfer duit..barang pun sampai..
excited tuuuuu!!!!!
tapi haru...haru plak...haru sei....
ada ke pencucuh kat JLV tu tak berfungsi....
huhuhu=p sabar... sabar...

bawalah JLV ke kedai aksesori, konon2 nak troubleshoot pencucuh tu
sampai garu kepala mamat sepet yg buat troubleshoot tu.
dia bilang "ada wayar putus lah...." 
ada tikus agaknya...hahahahaha

HEADACHE......MIGRAIN!!!!!!
the solution.....aku akan nego till let go itu barang....
cari solution lain tuk jimatkan petrol
Yeahhhh!!!! Dont Give Up !!! 
save PETROL save Money better WAY!!!

MORAL VALUE : cek up pencucuh kat kete, sebelum beli alat ni.

RECOMMENDATION : belilah alat ni kalo nak jimat petrol dan $$$$$. 

eheehehehe=p

nak tengok rupa alat tu....ni dia...

 







February 8, 2011

19 JANUARI 2011

hari itu 19 januari 2011
genap sudah 2 tahun

pelayaran hidupku tanpa seorang nakhoda
selama itu terasa terumbang ambing kapal hidup ini
terkadang terasa seperti terjatuh apabila dipukul badai
badai ombak yang tidak terduga kehadirannya 

aku takut lemas di lautan dalam
aku takut hanyut ke tepian

tapi....
aku tak boleh menangis aku tak nak menangis
aku tak boleh rebah dihadapan mereka
aku akan cuba melawan ombak itu
aku kena kuat walau mereka rasa sedih
biarlah...biarlah aku simpan rasa sedih ku

rasanya...
macam baru semalam aku benci dia
macam baru semalam aku sayang dia
sedangkan hari-hari dia sayang padaku

macam baru semalam aku masam muka dengan dia
macam baru semalam dia beri senyuman padaku

macam baru semalam aku bergaduh dengan dia
macam baru semalam dia nasihatkan aku

tapi....
sungguh aku rindu dia rindu....
sungguh aku kehilangan dia kehilangan...

Ya ALLAH....
tolonglah hamba
agar hamba redha
agar hamba sedar
bahawa dia kini bersamaMU
kerana dariMU dia hadir & kepadaMu dia kembali

Al - Fatihah buatmu ABAH
dalam kenangan yang jauh tapi sentiasa ada dekat di dalam jiwa
( MOHAMAD BIN KASSIM 1954 ~ 2009 )

anak ini akan cuba menjadi anak yang terbaik.

January 15, 2011

one & one & eleven

Tiada kata seindah pujian. all praises to ALLAH , ALHAMDULILLAH......disaat ketika ini aku masih dapat menikmati nikmat hidup dengan sempurna. Hari berganti hari, dah 2 minggu melangkah ke tahun 2011. Best tak bunyi tajuk?? Bahasa Inggeris tapi isi entry Bahasa Melayu...hehe=p takut kucar kacir bahasa nanti.

What a special numbers??? Yang sebenarnya, itu adalah tarikh pertunangan buat sepupuku ~ yayah ~ . We are happy for u!!! Alhamdulillah....there were through deep from my heart that I'm really happiest for u. Hoping that the happiness be alwayz wt you my dear cuzin.

E-day telah dipilih pada date 01.01.2011...permulaan tahun baru yang baik. Semoga diberkati, Ameen. Majlis berlangsung kat umah atok di Bkt Besar, cucu kesayangan atok nie....semua berjalan lancar. Setelah menempuh pelbagai dugaan & ujian darah manis....Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan perkara yang baik. Mrs Nureen telah selamat ditunangkan bersama jejaka pilihan Mr Nizam. Congrats!!!!!!!

 untuk ku, kamu, dia & mereka yg berpacaran

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..




Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..


Layan kata-kata puitis.........then this songs, terdengar masa tekan minyak 
coz dah lambat nak punch in. 

By Brothers ~ warna-warna cinta~

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyum dan tangismu
Agar mewarnai Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyum dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu… selepas gerimis

 
That all the story about ~ LOVE ~ ..... waiting my turn :)



January 4, 2011

Universal Studios Singapore aka "USS"



Alhamdulillah...kini kt dah berada dalam tahun 2011. Kenaikan tahun, umur naik, semua naik! naik! diharapkan pendapatan pun bertambah naik. InshaALLAH....Ameeen.

nak tahu??? tak nakk??? nak bagi tahu juga!!!!

Last natal, ak berpeluang ke uss singapore... hehe=p setakat kat singapore jerr yg mampu buat masa ni compare kat hong kong...kat spore g naik bas je...dri johor yee. Greatest thanks to my friend, those who offered me!!! there such a sweet enough moments to be there with you. ~wink~ layan satu picture dulu..nak???


tuu opening nya..USS ni sebenarnya kat hujung singapore. so, if u'all drop dari larkin..memang agak jauh compare naik flight dari Changi. Takpelah...jauh perjalanan luas pemandangan. Cuci-cuci mata sambil melihat kemodenan Negara Singa! Checked list travel itinerary sy :

  1. Pusat Pengangkutan Awam Larkin. (thanks adik..hantar akak)
  2. From Kranjit MRT (After Woodlands Checkpoint)
  3. Drop to Dhoby Ghaut MRT, then
  4. Switch to Harbour Front Station
  5. You will see Vivocity Mall (sgt besar!!) then
  6. Need to board RWS 8 bus to Resort World Sentosa 


Pening ke??? senang je, u'all takkan sesat. Maps dan signboard ada dimana2 shj. tak boleh jugak...tahan jee lah pak polisi...bilang nak g sentosa. konpem sampeiii!!!



Part yang paling bestttt bg ak, time naik bus...last shuttle katakan. bus tu akan lalu kat "Telok Blangah", asalnya dulu adalah sebuah kampung tapi sekarang dah maju. Kalo ak dok silap kat sinilah salah satu tempat shooting filem P.Ramlee. Nice.....ada bau2 strong history kat situ. Jomm layan picture lagi....



Tiket...nak masuk wajib kena ada tiket...kalo takde, hehe=p dapat duk kat globe tu je lahh. Kalo u'all g time weekdays..boleh jee beli tiket on d dot kat kaunter. But, if g time2 reramai org..oliday.. wajib book awal! via online (just prints n bring along). Price either $72 or $66 depends on days! Jangan tak tahu..dalam tiket tu termasuk VOUCHER..Meal Voucher & Retail Voucher, $5 setiap satu! Pandaikan depa ni....u'all boleh tebus kat "guest house" then boleh redeem masa makan & beli barang. Berbaloi lah juga!!! $5 sama dgn RM11.80 tau (currency terkini). Once u'all enter...boleh exit, then enter balik...bleh kuar kuar masuk gitu...as long as tiket tu belum terminate. The ticket all in one with all games & shows!!! u'all boleh tgok show sambil tido n boleh tgok telur dinosour menetas. hihi :)


Tips penting tuk share aee
  • bring extra money!! bawa duit ringgit pun tak pe (money changer bersepah)
  • pakaian n kasut yg sesuai (nanti nak naik roller coaster!!! yehooo)
  • sediakan air mineral utk ke toilet kuikui (*_*) but tissue alwyz thr!
  • pasal makan..dun worry...pastikan ada display "HALAL"
  • IMPORTANT!!! Kamera jgn lupa!! bawalah semu yg ada! Tapi selamatkan ia dripada air!! kat dalam tu ada locker berbayar tuk simpan barang. dunn worri, be hepi!         
Apa yang ada kat dalam USS ni...ada 7 benda (masuk semu yee) boleh thru ke laman sesawang dia. My experience, rasa di alam fantasi catched Shrek 4D, then macam nak gugur jantung naik coaster kat dalam Mummy Return. My friend plak...sampai 2 kali tgok show monster musical, hantu tu semu cute miut!!!!

Panjangkan cerita.....nak story update...u'all boleh like kat fbook "Resort World at Sentosa". Kat sana...ak jumpa ramai org mesia... "hi..uncle from Penang", "mak cik dri Klang!" haaaa bring me to Malaysia!

I wish to return there with my beloved brother & sister....InshaALLAH, ada rezeki akak bawak g sana, kta drop dri Tanjung Pengelih. ok???


sy nak ke sana lagiiii !!!



                                                          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...