Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

November 26, 2011

Never mind, I'll find someone like you

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

:: akhir waktu 30 Zulhijjah 1432 ::

tak dapat nak di luahkan dengan kata-kata.....
hanya percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya
dan Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat kita

Ketenangan yang dicari
Akhirnya Ketenangan yang ditemui

Tidak perlu lagi rasa bersalah
Tidak perlu lagi rasa malu
Semuanya sudah terjawab

Tiada dendam ~ percayalah ~
Namun ada terima kasih ~ dari hati ~

dedikasi untuk orang yang comot tapi comel...
En Aza** , semoga anda bahagia selalu bersama yang tersayang.




February 21, 2011

CAHAYA cahaya CAHAYA

untuk kesekian kalinya
aku terperangkap lagi
terperangkap dalam gelap
mencari cahaya menuju jalan keluar

tolong aku....

cahaya cahaya cahaya

CAHAYA yang mana???

memang benar hati ini terperangkap
dalam cinta yang tidak JELAS
dalam keSAMARan
hanya mampu BERHARAP BERDOA kepada NYA

KECEWA......pergilah 
aku tak mahu KECEWA...
aku dah PENAT merasa KECEWA

HARAPAN tinggi HARAPAN
HARAPAN hanya kepada DIA
lewat DOA dalam gelap MALAM

pergilah GELITA
hadirlah CAHAYA

ku ukir SENYUMAN
senyum SENYUM senyum

hari HARI senyum dengan CINTA
hari HARI SENYUM kerana CINTA
kerana dalam hati ada CINTA
CINTA NYA
kerana CINTA NYA 
aku cinta kepada dia

adessssz, sejak bila aku layannn ayat2 sentimental ni...sape yg ajar ni???
aku blajar sendiri =p

February 8, 2011

19 JANUARI 2011

hari itu 19 januari 2011
genap sudah 2 tahun

pelayaran hidupku tanpa seorang nakhoda
selama itu terasa terumbang ambing kapal hidup ini
terkadang terasa seperti terjatuh apabila dipukul badai
badai ombak yang tidak terduga kehadirannya 

aku takut lemas di lautan dalam
aku takut hanyut ke tepian

tapi....
aku tak boleh menangis aku tak nak menangis
aku tak boleh rebah dihadapan mereka
aku akan cuba melawan ombak itu
aku kena kuat walau mereka rasa sedih
biarlah...biarlah aku simpan rasa sedih ku

rasanya...
macam baru semalam aku benci dia
macam baru semalam aku sayang dia
sedangkan hari-hari dia sayang padaku

macam baru semalam aku masam muka dengan dia
macam baru semalam dia beri senyuman padaku

macam baru semalam aku bergaduh dengan dia
macam baru semalam dia nasihatkan aku

tapi....
sungguh aku rindu dia rindu....
sungguh aku kehilangan dia kehilangan...

Ya ALLAH....
tolonglah hamba
agar hamba redha
agar hamba sedar
bahawa dia kini bersamaMU
kerana dariMU dia hadir & kepadaMu dia kembali

Al - Fatihah buatmu ABAH
dalam kenangan yang jauh tapi sentiasa ada dekat di dalam jiwa
( MOHAMAD BIN KASSIM 1954 ~ 2009 )

anak ini akan cuba menjadi anak yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...