February 8, 2011

19 JANUARI 2011

hari itu 19 januari 2011
genap sudah 2 tahun

pelayaran hidupku tanpa seorang nakhoda
selama itu terasa terumbang ambing kapal hidup ini
terkadang terasa seperti terjatuh apabila dipukul badai
badai ombak yang tidak terduga kehadirannya 

aku takut lemas di lautan dalam
aku takut hanyut ke tepian

tapi....
aku tak boleh menangis aku tak nak menangis
aku tak boleh rebah dihadapan mereka
aku akan cuba melawan ombak itu
aku kena kuat walau mereka rasa sedih
biarlah...biarlah aku simpan rasa sedih ku

rasanya...
macam baru semalam aku benci dia
macam baru semalam aku sayang dia
sedangkan hari-hari dia sayang padaku

macam baru semalam aku masam muka dengan dia
macam baru semalam dia beri senyuman padaku

macam baru semalam aku bergaduh dengan dia
macam baru semalam dia nasihatkan aku

tapi....
sungguh aku rindu dia rindu....
sungguh aku kehilangan dia kehilangan...

Ya ALLAH....
tolonglah hamba
agar hamba redha
agar hamba sedar
bahawa dia kini bersamaMU
kerana dariMU dia hadir & kepadaMu dia kembali

Al - Fatihah buatmu ABAH
dalam kenangan yang jauh tapi sentiasa ada dekat di dalam jiwa
( MOHAMAD BIN KASSIM 1954 ~ 2009 )

anak ini akan cuba menjadi anak yang terbaik.

2 comments:

Amilyn Zanal said...

Al fatihah..
Mesti su sedihkan..moga tabah k..Allah loves him a lot..

suhana jumaat said...

kak milin...trm kasih...
sedih dlm ketabahan & ketenangan. InshaALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...