July 8, 2011

keHILANGan

dah lebih 3 bulan aku menghilang untuk update entry

apa pun tak bolah nak buat

bila masa hilang ~ tapi masa takkan hilang ~ cuma berputar ~~

hilang lagi
ke mana hilang nya ?
ke satu destinasi
destinasi pasti atau
tiada kepastian

hilang dalam pandangan
yang membawa duka
duka kerana kehilangan

tercari-cari dalam terang
ke mana ia menghilang
namun tidak ketahuan jua

hilang di saat waktu genting
menambah kekusutan
melerai kehilangan
namun hanya menemui kebuntuan dalam nyata

celarunya bila ada yang hilang
dalam makan mesti mencari
terkadang dalam solat juga mencari
dalam setiap jasad yang mengalir ada pencarian
kehilangan dan pencarian
pencarian dan kehilangan
sampai bila ???
sampai bertemu

kehilangan itu
kehilangan yang pasti
kehilangan kerana alam itu
kehilangan tanpa iringan pencarian
kehilangan dengan keredhaan

hilang tidak lenyap
bila sampainya waktu
tibanya masa
hilang akan bertemu jua

aku baru kehilangan
kepedihannya amat dalam
Al - Fatihah kiriman kami buatmu, saudaraku
Almarhum MOHD NAZRIN HAMDAN
berehatlah dengan tenang di sana.
kami kehilangan kamu.....tapi kita akan bertemu nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...