Alhamdulillah....ketika ini, 17 Shawwal 1432H.
mood : gigih mengembalikan momentum setelah lama bercuti.
merujuk tajuk atas, dipendekkan jadi " sms"
yeee " sms" sudah wujud sejak dahulu kala lagi sejak sebelum ada fesbuk ~
bagi aku ni cara yg paling afdal , pantas & mampu oleh semu pengguna telefon mudah alih...
betulkan ?? until now masih menggunakan cara ini, yee lah bermula dari 1 sen.
tapi aku nak cerita pasal sms yang aku simpan...kat dalam nokia 6030 ak ni..
dia mmg tak pernah meragam ~~ sayanggg dia ~~
tadi aku duk kemas2 part "save messages" then tetiba pula terbuka sms lelama...
aku nak share....antaranya ~~
" ya ALLAH sedarkanlah aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku & bimbinglah aku serta
anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu dengan cahayaMu. Sediakan bagiku sebahagian drpada
keluasan rahmatMu. Berikan aku petunjuk dengan ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu
yang penuh kecintaanMu. Bukakan bagiku pintu2 shurga & tutupkan bagiku pintu2 neraka. Berikan
kemampuan kepadaku untuk membaca ayat2 suci al-Quran. Tempatkan aku di kalangan orang2 yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hambaMu yang solehah serta jadikanlah aku di kalangan
auliya. AMIN. "
Sender : Zalifah Celcom +601936***** Sent : 23:01:11 18/01/2009
ketika itu ---> aku sedang dalam keadaan melawan kesedihan mencari kekuatan <----
sms lain :
" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian,
yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti
akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yg sia2.
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana
DIA tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak & lebih mudah untuk akrab & dekat denganNYA...
-su,insyaALLAH semoga tabah mghadapi ujian Allah yg Maha Hebat ini. salam sayang dr kak hana- "
Sender : k.izahana +601927***** Sent : 20:22:39 19/01/2009
ketika itu ----> aku mencari cari redha untuk menerima hakikat <-----
zalifah : anda sahabat dunia akhiratku.
k.izahana : pertemuan denganmu walaupun sekejap..tapi amat terkesan, sungguh rindu hati ini
akan pertemuan singkat itu.
Terima Kasih Ya ALLAH, kerana Engkau telah mengurniakan hambamu ini sahabat sahabat yang
mendamaikan hati. Alhamdulillah.....
No comments:
Post a Comment